29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Bekas Ketua Polis Negara nasihat Ayob agar berjaga-jaga

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Musa Hassan hari ini memuji ketegasan yang ditunjukkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Ali Pitchay ketika menjalankan tugas menjaga keamanan negara.

Bekas Ketua Polis Negara itu menasihati agar Ayob sentiasa berjaga-jaga terhadap musuh dari luar dan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang cuba mengkhianati kerana merasa tergugat dengan ketegasan beliau.

Bagaimanapun kata beliau, Ayob tidak perlu gentar dengan segala pengkhianatan yang mungkin akan dihadapi kerana Allah sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran.

“Nasihat saya kepada Datuk Ayob KP Johor. Kejujuran dan ketegasan adalah sifat yang mulia.

“Walau demikian Datuk perlu berjaga-jaga kerana akan menghadapi ramai musuh dari luar dan dalam pasukan yang akan cuba mengkhianati kerana terbiasa dan merasa tergugat diatas ketegasan Datuk,”

“Syabas dan jangan gentar kerana Allah akan sentiasa bersama orang yang menegakkan kebenaran. InsyaAllah,” kata beliau dalam ciapan di twitternya hari ini.

Musa mengulas kenyataan Ayob yang meminta orang politik tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisian.

Ayob yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipengganas, Cawangan Khas Bukit Aman itu kecewa dengan DAP yang mengganggu kes pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang turut melibatkan pemimpin parti itu. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan