25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Elewsmart pertama dibuka 18 Julai ini

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pasar raya Elewsmart milik pendakwah bebas, Ebit Lew akan mula beroperasi 18 Julai ini dan dibuka secara berperingkat.

Ebit yang mesra disapa Ustaz Ebit Lew berkata, cawangan pertama Elewsmart akan dibuka 18 Julai ini (Sabtu) di Bandar Baru Bangi diikuti Kajang keesokan harinya.

Katanya, lapan cawangan lain akan dibuka minggu seterusnya secara berturut-turut.

“Pohon doakan ya Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang saya nak bagi promosi untuk hari pembukaan di setiap cawangan,” tulis beliau dalam hantaran Facebook.

Selain Bandar Baru Bangi dan Kajang, cawangan lain Elewsmart akan dibuka di Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Setiap cawangan Elewsmart akan menyediakan ‘Food Bank’ khusus orang yang memerlukan dan ingin beri.

Ustaz Ebit sebelum ini menjelaskan, tujuannya membuka pasar raya adalah kerana beliau amat bahagia dapat membantu orang susah.

“Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.

“Saya nak buat ‘Food Bank’ dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang begitu juga peluang pekerjaan,” katanya.

Baca juga:   Ebit Lew bantu dua beranak terkandas 20 hari di Jakarta

Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan