WALAUPUN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mendakwa menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menyokong hasrat beliau kembali berkuasa, situasi terkini sudah berubah.
Seperti yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak, seramai lapan Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Dr Mahathir sudah mengubah pendirian.
Jumlah yang dipercayai menyokong Dr Mahathir kini tinggal 106 Ahli Parlimen.
“Saya bantu PH untuk update senarai 114 Ahli Parlimen yang sokong PM7i menjadi PM8. Najib sedia membantu,” katanya melalui laman Facebook beliau malam tadi.

Lapan Ahli Parlimen yang dikatakan Najib tidak lagi menyokong Dr Mahathir adalah seperti berikut –
Datuk Eddin Syazlee Shith (Kuala Pilah – dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kelmarin
Jonathan Yasin (Ranau) – dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri II KDN kelmarin
Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan (Keningau) – dilantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kelmarin
Datuk Seri Richard Riot Jaem (Serian) – masih ahli SUPP, nafi sertai PKR.
https://youtu.be/XlxbshqlLMc
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang) – nafi sokong Dr Mahathir
http://www.astroawani.com/berita-politik/sri-aman-bukit-gantang-nafi-sokong-tun-mahathir-232175
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) – dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Baru Bian (Selangau) – Masuk parti Sarawak Baru dan isytihar dia bebas dari PH.
http://www.astroawani.com/berita-politik/baru-bian-chee-how-pilih-parti-sarawak-bersatu-244894
Jugah Muyang (Lubok Antu) – umum keluar PKR, ikrar sokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
http://www.pnbbcportal.com/2020/06/05/mp-lubok-antu-tinggalkan-pkr-umum-sokong-pn/
Nama Eddin Syazlee, Jonathan dan Jeffrery telah dimasukkan dalam carta organisasi terkini tiga kementerian terbabit. – EDISI 9