31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Amirudin cabar Daroyah kosongkan kerusi DUN Sementa

Mesti Baca

BEKAS Timbalan Ketua Wanita PKR, Dr Daroyah Alwi dicabar mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa yang disandangnya sekiranya menganggap dirinya masih bermaruah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menuduh bekas Ketua PKR Cabang Kapar itu mengkhianati rakyat yang memilih Pakatan Harapan untuk mentadbir Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Manakala peletakan jawatan beliau selaku Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diuruskan oleh Pejabat DUN Selangor melalui Speaker selanjutnya,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui Facebook, hari ini.

Beliau menambah, semua ADUN PKR yang lain serta jentera parti terutamanya ketua-tua cabang berasa mual dengan politik separuh matang yang tidak berkesudahan.

Dalam sidang media semalam, Dr Daroyah mengumumkan keluar PKR serta meletak jawatan dalam parti.

Beliau menyatakan keputusan tersebut diambil kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan yang lain tentang hala tuju serta idealisme perjuangan parti. – EDISI 9

Baca juga:   DBKL serbu kilang ayam kotor, abai kebersihan

Wartawan

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan