30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Perkasakan kebajikan rakyat bukan pilihan raya umum mengejut

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus memberi keutamaan kepada proses pemulihan ekonomi, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara mengejut.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd.Razlan Rafii berkata, PRU-15 dalam masa terdekat bukanlah satu keperluan buat masa ini kerana tempoh maksimum penggal Dewan Rakyat berbaki hampir 2 tahun 6 bulan lagi.

Berikut kenyataan penuh beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh;

Saya merujuk satu artikel Malaysiakini yang memetik laporan The Strait Times Singapura bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sedang mempertimbang mendapat mandat untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya dengan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ‘mengejut’ paling awal tahun ini.

Saya berpendapat, kerajaan PN tidak perlu mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat kerana ia bukan satu keperluan buat masa ini. Ini kerana, tempoh maksimum penggal Dewan Rakyat Malaysia masih berbaki hampir 2 tahun 6 bulan. Jadi apa yang harus diberi keutamaan sekarang adalah proses pemulihan ekonomi, kestabilan politik serta kesejahteraan rakyat.

Malah, buat masa kini rakyat baru sahaja melepasi tempoh getir dan sedang bangkit memulakan kehidupan setelah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang dek pandemik Covid-19 yang masih melanda telah menyebabkan ekonomi negara terumbang ambing.

Ditambah lagi dengan drama Pakatan Harapan (PH) serta pertembungan di antara mereka yang merasakan negara ini hanya ada dua (2) orang sahaja pemimpin yang layak menerajui negara.

Adakah kita lupa sepanjang tempoh 22 bulan pemerintahan PH, apa yang rakyat dengar dan lihat hanyalah ;

i. Negara sedang muflis kerana kerajaan terdahulu,
ii. Penjualan aset-aset negara kepada kroni dan syarikat luar,
iii. Malaysia terpaksa buat pinjaman bon Samurai dari Jepun,

Yang mana akhirnya pelabur – pelabur asing berasa tidak selesa dan takut untuk kekal melabur di negara kita.

Kita bernasib baik sebelum pandemik Covid-19 menjadi lebih parah dan menjangkiti lebih ramai orang di seluruh negara, kerajaan PN sempat diwujudkan sebaiknya.

Pada saat tersebut, rakyat boleh menerima kerajaan PN kerana mereka cuba menyelamatkan rakyat dan tidak bermain politik secara keterlaluan.

Sekiranya PH kekal menerajui ketika itu, keadaan dirasakan tidak akan sebaik hari ini dan sudah tentunya akan lebih teruk lagi dari segi ekonomi, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. Malahan rakyat pula bakal dimarahi berulang kali kerana jumlah mangsa Covid-19 meningkat.

Saya berpendapat desas desus mengenai PRU-15 mengejut ini akan membuatkan pelabur-pelabur berasa kurang selesa dan hilang keyakinan untuk melabur di dalam negara.

Mereka akan berpendapat bahawa negara kita masih tidak stabil dari segi politik dan tidak akan mengambil risiko. Akhirnya yang bakal rugi adalah negara serta rakyat dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan.

Apakah bentuk jaminan yang boleh ditawarkan sekiranya PRU mengejut diadakan dalam masa terdekat? Adakah ia akan memberi majoriti besar kepada mana-mana parti bertanding?

Mungkin juga keputusannya nanti akan mewujudkan satu situasi di mana tiada ada pemenang yang jelas seperti ‘Clear Winner’ antara PN dan PH atau mana-mana parti.

Situasi yang sama mungkin berulang kembali dan berlarutan seperti hari ini di mana kerajaan Pusat ketika itu perlu mewujudkan kerjasama politik antara parti politik dan meneruskan aktiviti ‘jual beli’ wakil rakyat. Sekali lagi rakyat akan menjadi mangsa dek kerana keputusan PRU terdesak ini.
Kita hanya membuang masa mengejar PRU-15 di mana masa dan perbelanjaan yang digunakan itu sepatutnya dimanfaat dengan baik untuk mentadbir negara dan membantu golongan rakyat yang terabai sekian lama sebelum ini.
PN tidak perlu mengikut rentak permainan PH. Saban hari angka sokongan Ahli-Ahli Parlimen bersama PH berubah-ubah. Mereka menyatakan mempunyai majoriti dan memutarkan pelbagai bentuk omokan serta propaganda politik disebabkan mereka sendiri belum pasti apakah bentuk pengakhirannya nanti.

Yang berani kekal bersama PN adalah kerana mereka yakin dan mahu menstabilkan kerajaan serta membantu membangunkan ekonomi negara. Namun yang melompat ke PH, kemungkinan merajuk tidak dapat jawatan, terpaksa kerana diugut atau ditawarkan dengan pelbagai bentuk imbuhan di kemudian hari.

Kita juga harus ambil maklum akan amanah Yang di-Pertuan Agong secara rasmi telah memberi perkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai kerajaan PN.

Oleh itu amanah yang diberi kepada kerajaan PN harus digalas dengan baik berpaksikan pemulihan ekonomi negara, mengembalikan kestabilan politik serta memperkasakan kebajikan rakyat.

Akhir sekali, saya berpendapat bahawa masa yang ada sekarang harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan PN untuk berkhidmat kepada rakyat.

Usah sesekali membuka peluang kepada PH kembali berkuasa kerana telah terbukti sepanjang tempoh mereka berkuasa, mereka melakukan pelbagai kerosakan kepada negara dan mental rakyat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

354 pelajar sulung YEG Academy berjaya tamatkan pengajian

SERAMAI 354 pelajar sulung Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) di bawah Your Education Guidance (YEG) Academy berjaya menamatkan pengajian...

Lagi Artikel Berkaitan