27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Dewan Rakyat: Isu pinjaman cagaran KWSP jadi tumpuan

Mesti Baca

IMPLIKASI kewangan kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya peminjam pinjaman cagaran KWSP bagi fasiliti sokongan Akaun 2 (FSA2) gagal melunaskan atau lambat membuat pembayaran balik, menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu akan dibangkitkan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) yang turut meminta penjelasan berhubung jumlah pemohonan yang telah diterima bagi fasiliti pinjaman itu, pada sesi soal jawab.

Pada sesi sama, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) pula ingin tahu langkah yang diambil bagi mengangkat martabat makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh dan laksa sebagai makanan kebangsaan agar status itu tidak boleh dituntut oleh negara lain.

Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) dijangka meminta penjelasan tentang sokongan dan inisiatif yang diberikan Malaysia kepada kerajaan Afghanistan, khususnya dalam aspek pemerkasaan wanita dan kanak-kanak di negara itu.

Advertisements

Selepas sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang telah pun dibahaskan oleh 13 Ahli Parlimen kerajaan semalam.

Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 juga dijangka dibaca buat kali kedua hari ini.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini bersidang selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Jun selepas bercuti selama seminggu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan