27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

Mesti Baca

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, semua pihak wajib akur dengan kedudukan negeri Pulau Pinang seperti mana termaktub dalam Perlembagaan.

“Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat, saya serah kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan juga mengambil apa-apa tindakan yang patut.

“Polis bebas menyiasat di bawah mana-mana Akta, (manakala) Peguam Negara pula boleh memutuskan sekiranya akan membuat pendakwaan mengikut undang-undang yang dirasakan sesuai,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Komuniti Madani di Tasek Gelugor hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa tidak ada syak wasangka atau waswas mengenai perkara itu kerana di dalam perlembagaan memang jelas disebut ‘Negeri Pulau Pinang’.

Tambahnya, jika ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menyebarkan maklumat palsu, maka pihak berkuasa akan mengambil tindakan untuk menyiasat bagi mengekang maklumat-maklumat palsu daripada tersebar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor beberapa hari lepas yang berkaitan dengan Pulau Pinang dan Kedah. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan