33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Polis buru perompak berbaju kurung di Kuching

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS mengesan dua individu yang disyaki terlibat dalam satu kejadian rompakan di sebuah pasar raya di MJC Batu Kawah, Kuching pada 22 Mei lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pekerja premis yang berusia 20 tahun berhubung kejadian tersebar.

“Pada 22 Mei, semasa pengadu bersama rakan sekerja sedang bekerja telah didatangani seorang individu berpakaian seperti wanita dan membawa senjata iaitu pisau.

“Suspek kemudiannya merampas peti wang tunai di kaunter juruwang dan terus melarikan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, polis mengesahkan seramai dua suspek terlibat dalam kejadian itu, seorang menunggu di motosikal dan seorang lagi masuk ke premis dan melarikan peti wang.

Advertisements

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai penduduk tempatan berdasarkan kepada dialek pertuturan.

“Mangsa dan rakan sekerja lain tidak mengalami kecederaan semasa kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu siasatan kes rompakan berkumpulan.

“Satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan dan menangani kes tersebut.

“Usaha bersama pasukan sahabat daripada IPD berdekatan serta pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sarawak sedang digembleng untuk menumpaskan suspek terlibat,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan