31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

KWSP: Hanya sampaikan salam rakyat kepada Perdana Menteri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Wan Saiful Wan Jan secara sinis menyatakan beliau hanya menyampaikan salam rakyat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung desakan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Perikatan Nasional (PN) itu berkata, rakyat juga tahu perjuangan menuntut KWSP bersasar bukan langkah popular.

Beliau menambah, perjuangan menuntut pengeluaran KWSP adalah isu rakyat dan jauh sekali pembangkang menjadi popular menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN)

“Anwar kata “walaupun terdapat banyak tekanan politik untuk meluluskan pengeluaran…”, pelik…dari mana tekanan politik yang Anwar dapat? Rakyat minta pengeluaran KWSP bersasar, tapi dapat FSA2 i-Cagar. Order lain, dapat lain.

“Rakyat hilang kerja, kereta motor kena tarik, sewa rumah tak dapat nak bayar, ini bukan tekanan politik. Ini juga bukan modal PRN enam negeri. Ini realiti pencarum hadapi kini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, persoalan yang beliau ajukan kepada Anwar kelmarin mengenai nasib pencarum yang disenaraihitam, diluluskan permohonan oleh MBSB tetapi dana disekat, masih tidak dijawab.

“Permohonan lulus, duit tak dapat, tapi kena bayar ansuran bulanan. Ini menimbulkan keresahan mereka yang menuntut Menteri Kewangan beri penyelesaian.

“Anwar janganlah lari dari masalah ini. Rakyat dah kirim salam tu,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran KWSP.

Kata beliau, walaupun langkah itu membenarkan pengeluaran KWSP dianggap popular namun ia bukan jalan penyelesaian kepada rakyat.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan