27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Lelaki warga emas ditahan muat naik hantaran provokasi, hasutan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran bersifat provokasi dan berbaur hasutan di media sosial.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, suspek berusia 61 tahun yang menggunakan akaun Facebook bernama Nong Mazlan ditahan di Kampung Hulu, Melaka, kelmarin.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit yang disyaki digunakan suspek untuk memuat naik hantaran yang boleh menggugat ketenteraman awam tersebut.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.

Advertisements

“Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan tempoh tahanan reman adalah selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mei.

“PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja dan seumpamannya yang boleh membawa kepada ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan