26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

KPKT siasat MP pembangkang guna pili bomba atasi masalah air

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang ahli Parlimen pembangkang di Kelantan yang menggunakan air dari pili bomba bagi mengatasi masalah bekalan air penduduk setempat.

Menterinya Nga Kor Ming, berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen itu kerana ia merupakan perkara yang tidak bertanggungjawab untuk dilakukan mana-mana individu.

“Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.

“Jika semua orang pakai air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,” katanya.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba untuk mengagihkan bekalan air kepada penduduk setempat berikutan beberapa kawasan di Parlimen itu menghadapi masalah bekalan air.

Advertisements

Tindakan Siti Zailah itu dikecam pengguna Twitter yang membidas tindakan ahli Parlimen itu yang dianggap tidak wajar dilakukan. 

Sebelum ini, memetik laporan berita daripada portal Harakahdaily, Zailah dilaporkan berkata pihaknya menyediakan lori tangki yang mana sumber airnya diambil daripada pili bomba sebelum dihantar ke kampung.

Tindakan itu dibuat bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang dihadapi masalah setempat.

Mengikut laporan itu, Zailah berkata perkara itu dilakukan sebagai memenuhi keperluan bekalan air untuk penduduk menyambut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan