25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pecahkan ‘dinding perbezaan’ Kerajaan Perpaduan – Akmal

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PEMIMPIN muda perlu mempunyai sifat menghormati sesama sendiri dan memahami satu sama lain dalam mengekalkan hubungan persahabatan terutama dalam Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata barisan pemimpin muda Kerajaan Perpaduan juga harus memecahkan ‘dinding’ perbezaan dan mencari persamaan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik.

“Orang muda bukan hanya perlu membaca dan memahami sejarah,tetapi apa lebih penting perlu melakarkan sejarah 

“Untuk mengekalkan hubungan persahabatan,ia mesti bermula dengan sifat menghormati sesama sendiri dan memahami satu sama lain.

Advertisements

“Alhamdulilah kita pecahkan dinding perbezaan,kita mencari persamaan untuk masa depan Malaysia yang lebih baik,” katanya melalui hantaran di Facebook pada hari ini.

Sebelum ini, Dr. Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, menghadiri majlis Aidilfitri bersama pemimpin muda Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal juga berkata, kini tiba masanya untuk barisan pemimpin muda negara mencorak masa depan Malaysia. 

“Terima kasih sahabat pimpinan muda kerajaan perpaduan. Ini masa kita mencorakkan masa depan Malaysia,” ujarnya, – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan