26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Leeds pecat Garcia, ‘Big Sam’ jadi pengganti

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LEEDS United membuat keputusan mengejut apabila memecat Javi Garcia hanya dua bulan selepas pengurus dari Sepanyol itu dilantik mengendalikan kelab.

Garcia yang dilantik pada Februari lalu bagi menggantikan Jesse Marsch ditendang keluar selepas kelab Yorkshire itu bergelut di zon penyingkiran dan gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir.

Leeds berada di tangga ke-17 dan hanya dibezakan menerusi perbezaan gol dengan pasukan di tangga ke-18, Nottingham Forest sementara Everton yang berada di tempat ke-19 hanya kurang satu mata berbanding The Whites.

Turut meninggalkan kelab adalah pengarah sukan, Victor Orta.

Dengan berbaki empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Leed dilaporkan telah mencapai persetujuan melantik pengurus berpengalaman, Sam Allardyce sebagai pengganti.

Advertisements

Tugas berat menanti pengurus berusia 68 tahun apabila bakal bertandang ke Manchester bagi menentang pendahulu, City sebelum melayan kunjungan Newcastle United.

The Whites selepas itu akan berdepan West Ham di London sebelum mengakhiri musim menentang Tottenham Hotspurs di Elland Road.

Allardyce tidak mempunyai sebarang tugas sejak meninggalkan West Brom pada 2021.

Untuk rekod, sepanjang kariernya, pengurus Inggeris itu telah mengurus dan melatih sebanyak 13 kelab. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan