Friday, June 5, 2026

Umat Islam sambut Aidilfitri pada Sabtu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini bersamaan 22 April 2023.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Sabtu, 22 April 2023,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan