26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kamarulzaman dilantik Datuk Bandar KL baharu

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PENGARAH Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 17 April ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang bersara pada 31 Mac lepas selaras dengan subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190).

“Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki, beliau mampu memperkukuhkan lagi tadbir urus serta fungsi Pihak Berkuasa Tempatan yang dilaksanakan oleh DBKL agar terus memberi faedah kepada rakyat dan kerajaan,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Advertisements

Kamarulzaman, 59, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda) dari Universiti Teknologi Malaysia, mula berkhidmat dengan DBKL pada 1991 dan berpengalaman selama 32 tahun dalam pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mohd Zuki turut merakamkan penghargaan dan terkasih kepada Mahadi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan