28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Hampir seluruh negara dijangka alami cuaca buruk

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Pulau Pinang adalah di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan manakala di Pahang pula, kawasan terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Selangor melibatkan kawasan di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan