Friday, June 5, 2026

PRN enam negeri uji ketahanan Anwar sebagai PM

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PILIHAN raya di enam negeri yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos ini memberikan kesan yang besar kepada ketahanan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, keputusan di Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi ujian akan menentukan sama ada Anwar akan kekal menjadi perdana menteri untuk sepenuh penggal lima tahun.

“Sekiranya saya diminta untuk memberikan markah kemungkinan Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri ke-10 sekarang, saya akan berikan angka-angka yang berikut:

“90% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk setahun; 80% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk tiga tahun.

“Dan 70% kemungkinan Anwar bertahan sebagai Perdana Menteri untuk penggal penuh lima tahun.

“Perkara ini mengambil kira kegagalan pimpinan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen untuk menjalankan tanggungjawab mereka menyahut titah Yang di-Pertuan Agong semasa istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara,” katanya menerusi hantaran laman blok miliknya pada hari ini.

Dakwa bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk berjaya sebagai sebuah negara dan juga peranan mereka dalam merosakkan perpaduan negara dengan mempolarisasi negara melalui retorik penipuan perkauman dan keagamaan. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan