26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Pelantar minyak Bekok A alami kebocoran gas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) mengesahkan berlaku kejadian kebocoran gas di Pelantar Bekok A yang terletak luar pesisir Terengganu pada Selasa lalu.

Bahagian Komunikasi Media Strategik Kumpulan Petronas dalam kenyataannya berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira pukul 2.45 pagi.

“Bagaimanapun, pasukan tindak balas kecemasan kami telah digerakkan untuk mengawal keadaan dan semua kakitangan pelantar dipindahkan sebagai langkah keselamatan,” katanya di sini

Advertisements

Menurut kenyataan tersebut, PCSB telah mengambil tindakan pantas menggantung sementara operasi di pelantar Bekok A terbabit sehingga diberitahu kelak bagi memastikan keselamatan semua pihak.

“Pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai insiden ini dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Bekok merupakan salah sebuah pelantar minyak yang terdapat di luar pesisir Terengganu dan terletak kira-kira 260 kilometer dari perairan Kerteh di sini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan