30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Najib sudah kehabisan saluran rayuan – Timbalan Pendakwa Raya

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah kehabisan saluran rayuan berhubung kes rasuah SRC International yang dihadapinya melibatkan semua mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menegaskan, keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang menolak semakan terhadap sabitan dan hukumannya menunjukkan tidak ada sesiapa yang kebal dari undang-undang termasuk ahli politik.

“Anda semua telah mendengar keputusan itu. Semakan oleh pemohon telah ditolak, empat berbanding satu. Dari segi undang-undang, tertuduh telah kehabisan semua saluran rayuan.

“Keputusan pendakwaan ini telah menghantar mesej yang tegas kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah.

“Keputusan Mahkamah Persekutuan ini juga menunjukkan bahawa pertuduhn terhadap Najib adalah berasas mengikut saluran undang-undang dan tidak membawa motif politik oleh pihak pendakwaan,” katanya dalam sidang media selepas perbicaraan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Jumaat.

Advertisements

Terdahulu, permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan yang mengekalkan sabitan serta hukuman 12 tahun penjara atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli, tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat; Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dengan keputusan majoriti 4-1.

Pengampunan diraja merupakan jalan terakhir buat Najib untuk bebas.

Bekas perdana menteri itu memfailkan petisyen pengampunan pada 2 September lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan