26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pasar Raya Rahmah: Pelbagai faktor diambil kira

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

CADANGAN mewujudkan pasar raya yang menjual barangan keperluan harian pada harga rendah, Pasar Raya Rahmah memerlukan penelitian serta mengambil kira banyak faktor termasuk penglibatan pemain industri sebelum dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setiap inisiatif dan program Rahmah yang diperkenal kerajaan turut melalui proses sama sebelum dilaksanakan.

Katanya, inisiatif tersebut Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Rahmah dan Insurans Rahmah.

“Insya-Allah sebagaimana saya buat terhadap produk perbankan dan insurans yang menampakkan keberhasilan.

“Kita sedang menuju tahap yang kedua dari segi segmen insurans dan kita akan lancarkan dengan kadar yang segera,” katanya kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan di Bazar Ramadan Rahmah Presint 14, Putrajaya hari ini.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal baru-baru ini mengkritik idea penubuhan Pasar Raya Rahmah dengan menyifatkan golongan bermodal mungkin tidak bersedia menerima idea Salahuddin itu.

Advertisements

Dalam pada itu, BRR adalah inisiatif terbaru kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga murah dan berpatutan.

Ini termasuklah menggalakkan peniaga bagi menyediakan kepelbagaian konsep penyediaan makanan atau produk yang seimbang berteraskan Menu Rahmah kepada pengunjung yang datang ke Bazar Ramadan

Untuk rekod, terdapat sebanyak 38 lokasi sedang melaksanakan BRR di seluruh negara termasuklah satu lokasi BRR yang dilaksanakan bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam menyantuni rakyat di sekitar Putrajaya sepanjang bulan Ramadan ini.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, harga maksimum barang kawalan sempena sambutan Aidilfitri April ini akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Apa yang penting, rakyat dapat berbelanja dengan rasa gembira. Jadi, saya akan umum dua minggu lagi termasuk dengan barangan asas,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan