30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

MOT bakal bincang tiket penerbangan murah untuk pelajar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi menyediakan inisiatif tiket penerbangan murah kepada para pelajar termasuk ke Sabah dan Sarawak.

Menterinya Anthony Loke Siew Foke berkata, ketika ini Malaysia Airlines Bhd menyediakan program MHexplorer, yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus daripada harga tiket penerbangan.

Menurutnya, pelajar yang layak menerusi program itu akan menikmati manfaat seperti elaun bagasi tambahan sebanyak 10 kilogram (kg) dan diskaun untuk keluarga dan rakan-rakan pelajar.

“Sementara itu, untuk inisiatif penerbangan-penerbangan lain, kita cuba bincang dengan syarikat yang lain.

“Memang kita tahu banyak syarikat penerbangan lain yang telah beroperasi. Dan selepas ini saya juga akan berjumpa dengan pihak MyAirline,” katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Loke menjawab soalan tambahan Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) yang bertanya sama ada MOT akan memperkenalkan pakej penerbangan pada harga berpatutan kepada para pelajar Sabah dan Sarawak bagi mengatasi masalah tambang penerbangan semasa cuti semester.

Advertisements

Selain itu, Vivian meminta penjelasan sama ada kementerian akan mempertimbangkan untuk membuka laluan baharu dari Pulau Pinang atau Johor ke Sandakan bagi mengurangkan kos transit yang didakwa mencecah RM1,400 satu hala, ketika ini.

Menjawab lanjut, Loke berkata, cadangan untuk membuka laluan baharu akan dikemukakan kepada syarikat penerbangan yang belum menawarkan laluan tersebut, terutamanya antara Pulang Pinang dan Sabah/Sarawak.

“Mungkin Kota Kinabalu ada, tetapi Sandakan kurang. Saya tahu, laluan Kuala Lumpur-Sandakan itu, dari segi perkhidmatan, agak kurang.

“Kita cuba tambah kapasiti untuk syarikat penerbangan lain,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan