26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘Handa orang Rombau’ punya pasal 3 beranak terpaksa ke balai

Mesti Baca

SEREMBAN – Gara-gara video seorang kanak-kanak memandu sebuah kereta tular di media sosial hari ini, ibu bapa dan juga pemandu itu dipanggil Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau bagi membantu siasatan berhubung klip tersebut.

Ini selepas tular di Facebook kanak-kanak yang mengaku bersekolah di sebuah sekolah di Rembau dan baharu sahaja berada di darjah tiga memandu kenderaan, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya berjaya mengesan kedua-dua ibu bapa murid itu dan kesemua mereka sedang diambil keterangan.

“Kita akan jalankan siasatan lanjut berdasarkan maklumat video yang tular itu dan tindakan akan diambil.

Advertisements

“Kesemua mereka kini sudahpun berada di IPD Rembau dan diambil keterangan,” katanya yang dipetik Kosmo.

Difahamkan, murid berkenaan dikesan di sekolahnya seperti tular di laman sosial.

Video seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga dengan tajuk ‘Handa orang Rombau haa’ tular di media sosial.

Berdasarkan video berdurasi 53 saat itu, kanak-kanak berkenaan memaklumkan bapanya yang mengajarnya memandu kereta apabila ditanya oleh seorang lelaki dipercayai perakam video.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan