28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Terima surat peguam lagi, Ka Siong lahir rasa terkilan

Penerimaan surat itu susulan kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu mengenai isu kekurangan telur.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa terkilan kerana menerima surat kedua daripada peguam yang mewakili syarikat pengimport telur dari India.

Pendedahan itu dinyatakan Ka Siong menerusi hantaran di Facebook hari ini susulan kenyataannya di Dewan Rakyat minggu lalu mengenai isu kekurangan telur. 

Bagaimanapun, Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau tidak gentar akan penerimaan (surat) tersebut.

“Saya rasa terkilan kerana baru saja menerima surat kedua dari peguam yang mewakili syarikat pengimport telur dari India.

“Tapi saya tidak gentar dan tetap mempertahankan kenyataan yang telah saya buat di dalam Dewan Rakyat,” ujarnya di sini.

Advertisements

Isnin lalu, Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataan dibuat ketika mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu.

Beliau meraih perhatian apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat.

Beliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.

Tambah Ka Siong, tiada siapa yang dapat menghalangnya untuk bersuara demi kepentingan rakyat jelata.

“Tiada siapa dapat menghentikan saya daripada menjadi jurucakap rakyat. Saya serahkan kepada peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan