26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pejuang mohon sertai PN – Mukhriz

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) memohon Perikatan Nasional (PN) mempertimbang permohonan parti itu untuk menjadi sebagai anggota parti komponen, kata Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz berkata, surat berkenaan sudah diutuskan kepada Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, dan turut diberikan kepada Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang dan Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau.

Menurutnya, keputusan membuat permohonan berkenaan telah disepakatkan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dua hari lalu selepas penelitian semua opsyen gabungan dan kerjasama politik yang ada.

“Ini adalah sesuai dengan mandat yang kami peroleh daripada Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2.

“Adalah diharapkan kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan Pejuang dan memberi respons yang positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 14 Januari, Mukhriz mengumumkan Pejuang menarik diri daripada Gerakan Tanah Air dan terbuka untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana pihak untuk meneroka kerjasama politik.

Ujar Mukhriz, keputusan MEP itu setelah membuat pertimbangan bahawa adalah tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya (electoral pact) diwujudkan hanya untuk tujuan mengelak dari pertindihan kerusi yang ditandingi, lebih-lebih lagi jika lambang berasingan digunakan oleh kedua-dua pihak yang berpakat.

Advertisements

Selain itu menurut beliau, pertimbangan MEP juga mengambil kira lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN dan bertanding menggunakan lambang PN.

“Setentunya ini bermakna kesepakatan Pejuang dengan PN itu tidak terhad hanya kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung Jun ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang,” katanya.

Mukhriz berharap kepimpinan PN akan mempertimbangkan permohonan Pejuang dan memberi respon yang positif.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Pejuang yang bertanding menggunakan tiket Gerakan Tanah Air (GTA) dan menggunakan logo Pejuang, gagal mendapat sebarang kerusi di 125 kawasan yang mereka bertanding.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan