28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Tiba masa pilih parti sesuai dengan perjuangan – Annuar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merasakan sudah tiba masanya beliau kembali ke gelanggang politik.

Annuar berkata, sejak tahun 1979 iaitu kira-kira 43 tahun lalu, beliau menjadi ahli UMNO dan berkhidmat kepada parti berkenaan sehinggalah dibuang daripada parti tersebut pada Disember tahun lalu.

“Kini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan utk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, dengan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan saya, parti yang benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau yang kini menubuhkan sebuah NGO dinamakan Muafakat Nasional berharap ada mana-mana parti yang dimaksudkan untuk menerimanya sebagai ahli biasa.

Disember tahun lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Annuar adalah antara tiga yang dilucutkan keahlian hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Selain Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, Ahmad berkata, turut dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yassin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan