25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PDRM alu tubuh unit khas banteras pornografi kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengalu-alukan penubuhan unit khas membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, unit khas yang diletakkan di bawah Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah akan bekerjasama erat dengan pelbagai agensi berkaitan.

Ujar beliau, unit khas berkenaan akan memberikan impak positif terhadap usaha kerajaan dalam membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.

“Selain itu, PDRM turut menghargai peruntukan sebanyak RM10 juta seperti yang diumumkan sebagai geran pengoperasian bagi mengukuhkan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) mengekang jenayah penipuan dalam talian atau scam.

“Selain pengumuman kerajaan bagi penjawat awam dalam Belanjawan 2023, PDRM turut menghargai usaha kerajaan dalam menyalurkan peruntukan yang akan dinikmati secara langsung oleh warga PDRM,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Acryl Sani berkata, peruntukan itu termasuk RM18.5 bilion yang diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan menjamin keamanan serta keselamatan negara.

Advertisements

Menurutnya, hampir RM1 bilion untuk agensi agensi di bawah KDN bagi memperkasakan keselamatan dalam negeri antaranya untuk memperoleh lebih 2,100 unit kamera badan, selain pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan kuaters polis baharu dengan kos RM450 juta.

“Penambahan 42 pos kawalan sempadan Pasukan Gerakan Am (PGA), imigresen, Esscom dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah bagi memperketat kawalan sempadan negara.

“Sementara RM500 juta untuk menyelenggara rumah keluarga angkatan tentera dan membaik pulih kuaters kediaman dan institusi di bawah KDN,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan semua peruntukan diumumkan kerajaan melalui Belanjawan 2023 akan dimanfaatkan sepenuhnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan