Thursday, July 23, 2026

Penjenayah nekad letupkan dua mesin ATM 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENJENAYAH bertindak nekad apabila meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Setia Alam, Selangor, kira-kira pukul 6 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dilaporkan mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.

“Ada berlaku kejadian mesin ATM diletupkan dan perkembangan akan dimaklumkan nanti,” katanya hari ini.

Susulan kejadian itu, sepasukan polis termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Pemusnah Bom turut berada di lokasi berkenaan bagi siasatan.

Kawasan tersebut kini tidak boleh didekati dan terdapat garisan polis berwarna kuning.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan