25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

KPM nafi keluar borang kemas kini laporan data guru

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan ada mengeluarkan borang Pengemaskinian Laporan Data Bio Guru Sesi Akademik 2022/2023.

KPM menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan borang tersebut seperti yang kini disebarkan.

“Kenyataan palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak mengisi atau menyebarkan borang tersebut,” katanya hari ini.

Terdahulu, tersebar kenyataan media serta borang bagi tujuan kemas kini data guru bertarikh 21 Februari 2023 serta mempunyai nombor rujukan.

Kenyataan palsu bagi tujuan kemas kini itu ditujukan kepada semua sekolah di bawah binaan KPM.

Advertisements

Terkandung dalam surat berkenaan, dikehendaki melengkapkan borang berkenaan dengan memaparkan maklumat seperti nama sekolah, nama pengetua, nama guru, dan nombor talefon bimbit guru.

Maklumat tersebut kemudiannya perlu di hantar ke alamat email [email protected] dan data hendaklah dihantar selewat-lewatnya tiga hari selepas menerima surat berkenaan.

Surat palsu berkenaan kononnya turut ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat KPM.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan