26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Sekolah agama digalak mendaftar sebagai SABK – Fadhlina

Bagi membolehkan sekolah-sekolah agama berkenaan layak menerima bantuan daripada Kementerian Pendidikan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEKOLAH-SEKOLAH agama digalakkan mendaftar sebagai sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) bagi membolehkan mereka layak menerima bantuan daripada Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun menurut beliau, sekolah-sekolah agama terbabit perlulah memenuhi syarat yang ditetaojan termasuk mempunyai premis sendiri dan dibina di atas tanah wakaf atau tanah kerajaan negeru serta memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT)>

“Sekolah agama yang berhasrat untuk berdaftar sebagai SABK, perlu mengemukakan permohonan kepada KPM.

“Mulai tahun 2004 sehingga 31 Januari 2023 sebanyak 229 buah sekolah agama telah didaftarkan sebagai SABK,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Dr Mohammed Taufik Johari (PH-Sungai Petani) pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini.

Advertisements

Dr Mohammed memohon penjelasan Menteri Pendidikan mengenai cadangan dari kementerian untuk mendaftarkan semua sekolah agama dan kaedah bagi memastikan sekolah yang didaftarkan layak mendapat bantuan kerajaan.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, sekolah yang ingin berdaftar juga hendaklah melaksanakan Kurikulum Kebangsaan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta 550 dan apa-apa kurikulum yang dibenarkan oleh KPM.

“Sekolah juga hendaklah melaksanakan kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang lain,”katanya.

Ujar beliau, KPM amat peka atas keperluan pendaftaran sekolah agama dengan pihak kerajaan.

“Sesi perbincangan dua hala dan libat urus KPM dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri (PBAN) akan terus dilaksanakan bagi memastikan sekolah agama dapat didaftarkan untuk melayakkan sekolah tersebut menerima bantuan dan ditadbir urus dengan baik,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan