31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Pemilihan UMNO: Borang pencalonan mulai diedar hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO telah mengedarkan borang pencalonan bagi pemilihan parti membabitkan kesemua jawatan di peringkat cawangan, bahagian serta pusat kecuali bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Menurut parti itu, borang pencalonan boleh didapati di laman sesawang www.umno-online.my mulai hari ini.

Bagi calon-calon di peringkat bahagian boleh mengemukakan kembali borang yang telah lengkap ke bahagian masing-masing manakala calon bagi peringkat pusat perlu menghantar borang tersebut ke Auditorium Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn.

Memetik laporan UMNO Online, borang tersebut boleh dihantar ke tempat yang dimaksudkan bermula 13 Februari manakala tarih terakhir untuk menyerahkannya adalah pada 26 Februari.

“Para calon digalakkan untuk memuat turun panduan mengisi borang pendaftaran calon bersama bagi memudahkan para calon melengkapkannya.

Advertisements

“Berhubung hal berkaitan, ahli-ahli UMNO adalah terikat dengan tataetika pemilihan UMNO sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO,” menurut kenyataan itu.

Untuk makluman, Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari serta akan berakhir pada 26 Februari 2023.

Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian.

Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Advertisements

Terkini

JAIS larang premisnya diguna untuk tujuan politik kepartian

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengingatkan bahawa larangan sebarang kegiatan politik di masjid, surau dan sekolah-sekolah di...

Lagi Artikel Berkaitan