28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Anwar dedah perolehan vaksin Covid-19 tanpa ikut prosedur

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 serta kos yang berkaitan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini susulan sebahagian proses perolehan itu tidak mengikut peraturan dan ditandatangani menteri tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.

Menurut beliau, perkara itu akan diselenggarakan oleh Menteri Kesihatan, Dr.Zaliha Mustafa.

“Kertas putih ini akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan kerana dipercayai tidak melalui peraturan atau proses yang sepatutnya.

“Perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat. Saya terkejut tetapi kami perlu membuat keputusan mengenainya.

“Soal utama juga bukan siapa menteri, tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu,” katanya, hari ini.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Advertisements

Bagaimanapun, Anwar tidak memaklumkan menteri yang terlibat.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan