33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Waspada panggilan ‘scam’ Pegawai Tribunal MCMC

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa masyarakat agar berwaspada dengan taktik penyamaran individu yang mengaku sebagai Pegawai Tribunal MCMC.

MCMC menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak mempunyai sebarang tribunal yang dinamakan mahupun beroperasi sebagai Tribunal MCMC.

Menurutnya, kakitangan daripada Tribunal MCMC seperti yang didakwa juga tidak wujud.

“Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan panggilan oleh individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai daripada Tribunal MCMC.

“Sebarang pengumuman atau pemakluman akan diuar-uarkan menerusi saluran rasmi seperti laman sesawang dan platform media sosial MCMC,” katanya.

Advertisements

Ujar kenyataan itu lagi, pihaknya sama sekali tidak akan menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.

Sehubungan itu, pihaknya juga menggesa orang awam untuk tidak terpedaya dengan panggilan sedemikian oleh pihak yang tidak dikenali.

“Sekiranya menerima panggilan-panggilan mencurigakan, segera laporkan perkara tersebut kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

“Selain itu, boleh juga laporkan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan