26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Agong pakaikan pangkat anakanda, dari Leftenan kepada Kapten

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada anakanda baginda.

Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh Seri Paduka Baginda berdua kepada Tengku Hassanal yang dipakaikan pangkat Kapten di Istana Negara.

Turut berangkat YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Turut hadir pada majlis ini, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose bin Mohd Zain.

Advertisements

Tengku Hassanal, yang sebelum ini berpangkat Leftenan, menamatkan pengajian ketenteraan di pusat latihan tentera tersohor dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom, pada Disember 2019 selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga pernah menjalani latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst dari 1978 sehingga 1979 dan ditauliahkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II pada tahun 1980.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan