27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Malaysia, Brazil kukuh kerjasama pertanian

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia dan Brazil bakal memperkukuhkan lagi kerjasama antara dua negara berkenaan khususnya berkaitan bidang pertanian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata, kerjasama itu adalah hasil pertemuan serta kunjungan hormat Duta Besar Brazil, Ary Norton De Murat Quintella.

“Perbincangan pada petang ini berkisar tentang kerjasama antara dua negara, Malaysia dan Brazil dalam bidang pertanian khususnya berkaitan dengan Jagung Bijian atau Grain Corn.

“Brazil adalah merupakan rakan dagang Malaysia yang sentiasa bergiat aktif dalam memperkukuhkan hubungan perdagangan pertaniannya.

Advertisements

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober 2022, nilai import produk pertanian dan makanan daripada Brazil adalah sebanyak RM4.32 bilion,” katanya hari ini.

Selain daripada produk bijirin dan makanan ternakan, ujar Mohamad, Malaysia turut mengimport daging daripada Brazil.

“MAFS komited menjalankan transformasi dalam bidang pertanian untuk menjamin kebolehcapaian makanan yang cukup dengan harga berpatutan kepada rakyat di kala negara berhadapan dengan inflasi makanan global,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan