33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kes tular laung azan bukan di Malaysia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan video seorang lelaki melaungkan azan yang tular di laman sosial bukan berasal dari Malaysia.

Jabatan Komunikasi Korporat SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan yang dibuat ke atas video berkenaan mendapati video itu berasal dari luar negara dan ditularkan semula seolah-olah ia berlaku di Malaysia.

“Video sedemikian dilihat sebagai satu kandungan yang mengancam yang boleh mengundang ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan kandungan berkenaan kerana dikhuatiri boleh menggambarkan konteks tidak tepat serta boleh digunakan oleh individu atau pihak tidak bertanggungjawab dalam melakukan provokasi antara agama di Malaysia,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, SKMM meminta orang ramai untuk tidak menokok tambah kapsyen yang bersifat spekulatif dan provokatif dan menyalurkan atau melaporkan kepada pihak berkuasa untuk perhatian serta tindakan selanjutnya.

Advertisements

“Penyebaran kandungan berbaur provokasi dengan niat menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian, prejudis terhadap mana – mana kaum atau agama boleh menjadi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan Akta 574 yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Orang ramai juga diingatkan untuk sentiasa cakna, berhati-hati dan elakkan daripada memuat naik sebarang kandungan yang boleh menyentuh sensitiviti agama demi keharmonian dalam negara,” katanya.

Terdahulu, sebuah video berdurasi 2 minit 27 saat memaparkan seorang lelaki melaungkan azan dengan pakaian dan dalam keadaan mengundang tanggapan negatif netizen.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan