26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ramesh Rao, pegawai khas TPM meninggal dunia

Zahid amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa berkhidmat dengannya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Khas Hal Ehwal Kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao, 52, meninggal dunia awal pagi ini dipercayai akibat serangan jantung.

Mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedih mendengar khabar tersebut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Dengan perasaan sedih dan dukacita, saya dan seluruh warga Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Kementerian Kemajuan Desa dan
Wilayah ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

Advertisements

“Semoga ahli keluarga, kenalan dan rakan taulan mendiang tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan kehilangan insan yang mereka sayangi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau amat menghargai khidmat bakti dan jasa mendiang kepada masyarakat dan negara sebelum dan semasa berkhidmat dengannya.

Mendiang merupakan antara aktivis yang aktif memperjuangkan hak masyarakat India di negara ini.

Ramesh pernah bersama DAP sebelum kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan