27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kru kapal jatuh laut, operasi Carilamat diaktifkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) bagi mengesan seorang kru kapal FV Shuenn Man No 23 yang jatuh laut di sekitar perairan Pulau Ketam, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim, V. Siva Kumar berkata, operasi Carilamat yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru disambung pada hari kedua, jam 7.00 pagi tadi dengan mengatur gerak bot Perkasa 36 dan dibantu oleh KD Teguh Samudera dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Operasi Carilamat hari ini merangkumi keluasan 46.98 batu nautika persegi.

“Terdahulu, operasi Carilamat telah diaktifkan pada 10 Januari pada jam 4.00 petang semalam dengan mengatur gerak bot PERKASA 36. Dalam pada itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Maritim Negeri Selangor,” katanya hari ini.

Beliau berkata, cuaca di lokasi hujan renyai dengan kelajuan angin sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.

Advertisements

“Mangsa Syaefullah, 27, warga Indonesia dikatakan telah jatuh laut pada 10 Januari 2023 pada jam sekitar 10.57 pagi dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.

“Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju bewarna hijau gelap sebelum dilaporkan hilang di laut.

“Kapal FV Shuenn Man No 23 berasal dari Taiwan dan dalam perjalanan ke Pelabuhan Mauritius, Afrika.

“Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan agar sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut,” katanya.

Sebarang aduan dan pelanggaran undang-undang serta situasi kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan