31.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Jangan buat spekulasi punca kebakaran Wisma Jakel – Polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan punca kebakaran Wisma Jakel Shah Alam yang berlaku awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang menyiasat punca kebakaran.

“Pihak polis pohon orang awam (netizen) tidak membuat spekulasi atau andaian berkaitan perkara ini.

“Kita kena hormati perasaan mereka yang alami kerugian serta pekerja-pekerja yang hilang sumber pendapatan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan beberapa netizen bahawa kebakaran di gedung tekstil terkemuka itu disengajakan.

Advertisements

Katanya, setakat ini polis belum menerima laporan berkaitan perkara tersebut (sengaja dibakar) daripada mana-mana pihak.

“Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pemilik sekiranya laporan siasatan bomba membuktikan sebaliknya,” katanya.

Semalam, Edisi 9 melaporkan gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam, Selangor hampir musnah dalam kejadian kebakaran pagi ini.

Kebakaran itu memusnahkan bahagian dalam bangunan lot kedai tiga tingkat yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Susulan kebakaran itu, pengurusan Jakel dilapor menganggarkan kerugian awal hampir RM100 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khaled jawab isu syarikat bekal senjata Israel sertai DSA/NATSEC

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjawab isu penglibatan syarikat pertahanan global tertentu yang didakwa pembekal senjata untuk...

Lagi Artikel Berkaitan