Wednesday, July 22, 2026

Sultan Johor berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor pukul 10.30 pagi tadi.

Perdana Menteri ke-10 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, pukul 9.55 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudiannya tiba di istana Bukit Serene 10.30 pagi dan seterusnya mengadakan pertemuan dengan Sultan Johor.

Terdahulu, baginda tiba pukul 9.34 pagi dan turut berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tiba 10 minit kemudian.

Pertemuan itu berlangsung kira-kira satu jamdan beliau kemudian ke Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru bagi bertemu masyarakat sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu.

Ia merupakan kunjungan hormat dan lawatan kerja pertama selepas menjadi Perdana Menteri.

Kali terakhir Pengerusi Pakatan Harapan itu ke Johor adalah pada awal November lalu bersempena Pilihan Raya Umum ke-15.

Presiden PKR itu juga pernah mengadap Sultan Johor di Kuala Lumpur, tiga hari selepas dilantik menjadi Perdana Menteri.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan