25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

MASA tawar geran penyelidikan sehingga RM15,000

Geran penyelidikan itu terbuka kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari IPTA dan IPTS

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) menawarkan geran penyelidikan sehingga RM15,000 bagi setiap kertas cadangan di bawah Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0 tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd Amin berkata, geran penyelidikan itu terbuka kepada badan pemikir, para penyelidik dan ahli akademia dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Menurutnya, mereka yang berminat perlu mengemukakan kertas cadangan penyelidikan mengikut kategori dan tema terpilih bersandarkan kepada lapan lapan fokus utama sebagai persediaan dalam menangani cabaran kemelesetan ekonomi 2023 dan tahun-tahun akan datang.

“Ini meliputi fokus tema atau isu iaitu rumah mampu milik, keselamatan makanan, perlindungan sosial, perubahan iklim, memacu perniagaan, meningkatkan kemahiran secara berkala, membina daya tahan kesihatan dan kesiapsiagaan krisis masa depan serta menangani keciciran pembelajaran,” katanya dalam satu kenyataan ari ini.

Azril berkata, para pemohon yang berjaya perlu menghasilkan ringkasan polisi dan digalakkan untuk menerbitkan hasil penyelidikan dalam media cetak, media elektronik dan atau jurnal terkemuka.

Katanya, borang permohonan MPDP 2.0 yang lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Januari 2023. 

Advertisements

Maklumat lanjut mengenainya boleh diperoleh menerusi https://bit.ly/MPDP_2-0 atau hubungi Bahagian Dasar dan Penyelidikan menerusi emel [email protected].

Untuk rekod, MPDP diperkenalkan julung kalinya pada September tahun lalu telah mendapat sambutan memberangsangkan dengan penerimaan sejumlah 134 kertas cadangan daripada 21 buah IPTA dan IPTS.

MPDP merupakan suatu usaha rintis dalam mempromosi penyelidikan dasar yang telah menjadi sebahagian daripada projek flagship MASA sepanjang tahun 2021 dan 2022, seiring dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dijajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Sebanyak 30 Ringkasan Polisi berjaya dihasilkan merangkumi penyelidikan dasar dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan pembangunan lestari.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan