26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Pusat Pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BERIKUTAN berlakunya kejadian tanah runtuh, Pusat Pelancongan Bukit Malawati Shah Alam akan ditutup sementara bermula pada Selasa bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan runtuhan tanah oleh pihak berkuasa tempatan.

Kejadian runtuhan tanah di pusat pelancongan berkenaan semalam dipercayai berpunca daripada pokok berusia 50 tahun yang tumbang akibat hujan lebat disusuli dengan angin kencang.

Makluman tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli menerusi hantaran di Facebook.

Katanya, beliau menerima maklumat kejadian sekitar kira-kira jam 7 pagi yang disaksikan seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang mahu melakukan tugasan pemantauan.

“Kejadian itu menyebabkan hakisan dan pergerakan tanah.

Advertisements

“Berkemungkinan juga akibat musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan keadaan tanah tidak stabil. Selain itu, faktor pokok yang sudah uzur dan perlu ditebang lebih awal bagi mengelak kejadian seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata demikian susulan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Sehubungan itu, Juwairiya berkata, anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan skuad Pantas Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) giat menjalankan pembersihan.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata, pusat pelancongan Bukit Malawati ditutup sementara bagi tujuan pembersihan dan baik pulih demi keselamatan pengunjung.

“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. Semoga seluruh rakyat Kuala Selangor dilindungi Allah SWT,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan