25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Jangan tertipu ‘hantu’ stokin ini – Aznil

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi menasihatkan orang ramai tidak mempercayai akaun media sosial yang menggunakan namanya bagi menjual stokin.

Amaran berkenaan dimuat naik Aznil dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Penipuan! Korang jangan tertipu dengan hantu stokin ini,” katanya ringkas.

Dalam hantaran tersebut, Aznil turut memuat naik hantaran dengan gambar asal beliau memegang anugerah berbanding gambar yang telah disunting beliau memegang bungkusan stokin tersebut.

Rata-rata netizen memberi komen gambar yang disunting nampak seperti asli dan tidak kurang juga ada yang memberikan cadangan untuk mengambil tindakan saman ke atas individu tidak bertanggungjawab tersebut.

Menurut salah seorang pengguna Facebook dengan nama Zaza Muhammad, dia menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan iklan memaparkan gambar selebriti tertentu.

“Ramai selebriti yang kena… geng-geng doktor pun. Yang ternampak, kita report kat FB (Facebook) terus.. gigih tol (betul) diaorang (mereka) edit (sunting),” katanya.

-EDISI9

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan