26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

WUDC: PM harap mahasiswa harumkan nama Malaysia di Madrid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat berjaya buat mahasiswa sertai World Universities Debating Championship (WUDC) di Madrid, Sepanyol bermula 27 Disember hingga 4 Januari tahun depan.

Anwar juga meluahkan harapan agar mahasiswa yang menyertai pertandingan tersebut akan dapat mengharumkan nama di Madrid.

Menurutnya, pertandingan berkenaan diadakan di Universidad Rey Juan Carlos.

“Saya turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka bagi membantu pergerakan dan aktiviti sepanjang berada di Madrid.

Advertisements

“Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politik saya, saudara Ahmad Farhan Datuk Sri Fauzi sebelum mereka berlepas semalam,” katanya dalam Facebook hari ini.

Anwar juga memaklumkan beliau difahamkan anak-anak mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

“Saya mendoakan agar anak-anak ini berjaya harumkan nama negara di bumi Sepanyol, Insya Allah,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan