27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Luruan monsun memasuki negara mulai Sabtu ini – MetMalaysia

Monsun itu akan membawa hujan berterusan di pantai timur Semenanjung dari Sabtu hingga Rabu ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran luruan monsun akan memasuki negara mulai Sabtu ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata monsun itu akan membawa hujan berterusan di pantai timur Semenanjung dari Sabtu hingga Rabu ini.

“Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

MetMalysia turut meramalkan dalam tempoh beberapa hari akan datang, ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang dijangka terus berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung pada sebelah petang hingga awal malam.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan