26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Warga emas melecur tangan cuba padam kebakaran rumah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita warga emas melecur di kedua-dua tangan dalam usahanya memadamkan kebakaran yang berlaku di rumahnya di Jalan SM9, Sunway Batu Caves, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.58 pagi.

“Seramai 16 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Gombak dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati bilik di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 25X70 kaki persegi terbakar sekitar 20 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Advertisements

Norazam berkata, akibat tindakan cuba memadamkan kebakaran rumah, wanita terbabit, Fazilah Aini Md Yusof, 61, melecur di kedua-dua tangan.

Fazilah Aini Md Yusof diberi rawatan oleh anggota bomba yang tiba di tempat kejadian.

“Mangsa yang cedera kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, anak perempuan mangsa, Hanis Syahira Mohd Abdul Halim berusia lingkungan 20-an hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba mengambil masa beberapa minit untuk memadam kebakaran itu yang puncanya masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan