29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Tuduh Anwar ejen Israel, Hadi disiasat polis

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan memulakan siasatan terhadap Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu didakwa menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung perkara itu.

“PDRM mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung tuduhan oleh Abdul Hadi ke atas Anwar.

“Siasatan kes berkenaan sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah, kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya.

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menghantar mesej dan gambar berunsur fitnah melalui akaun facebooknya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahannya,” katanya.

Selain itu, Abdul Hadi turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. 

Terdahulu, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, Anwar Ibrahim sudah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengaitkannya sebagai ejen Israel.

Namun begitu, dia tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis tersebut. 

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan