26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia harap dapat jalin kerjasama rapat dengan India

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA harap dapat menjalin kerjasama rapat dan mengukuhkan hubungan dengan India memandangkan negara itu merupakan rakan kongsi penting.

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ciapan di Twitter, bagi membalas ciapan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, semalam.

“Terima kasih PM@narendramodi, India adalah rakan kongsi penting bagi Malaysia.

Advertisements

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan anda untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pelaburan perdagangan dan budaya,”katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas ciapan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10, semalam.

Terdahulu, Modi mengucapkan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya dan menyatakan minatnya untuk meningkatkan perkongsian strategik India-Malaysia.

Semalam, Anwar yang juga Pengerusi PH mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan