33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Hishammuddin tolak kerjasama PH, sedia dipecat

Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan dan bersedia dipecat daripada parti ekoran pendiriannya itu.

Malahan Bendahari Barisan Nasional (BN) itu turut mencabar mana-mana pihak di dalam parti yang boleh memecat beliau agar berbuat demikian.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP.

“Pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya hari ini.

Terdahulu, spekulasi perbincangan kerjasama antara BN dan PH bagi membentuk kerajaan hangat diperkatakan selepas kedua-dua pimpinan parti itu dilapor bertemu di sebuah hotel di ibu negara.

Advertisements

Bagaimanapun, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong dilaporkan tidak kelihatan dalam pertemuan tersebut.

Semalam media melaporkan, kesemua 29 Ahli Parlimen BN kecuali Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

SD tersebut dipercayai ditandatangani malam tadi dan diuruskan oleh Ahli Parlimen Sembrong itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media di ibu negara berkata, mana-mana Ahli Parlimen daripada BN yang menandatangani sebarang dokumen terutama SD untuk menamakan sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri adalah tidak sah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan