33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Muhiyiddin ucap tahniah pasukan hoki negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada skuad hoki kebangsaan atas kejayaan menjuarai Piala Sultan Azlan Shah 2022 semalam.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Muhyiddin berkata, kejayaan menewaskan pasukan Korea Selatan 3-2 amat bermakna.

“Ini kerana berjaya menamatkan penantian selama 39 tahun pasukan Speedy Tigers untuk bergelar juara kejohanan berprestij ini.

“Tahniah kepada skuad hoki kebangsaan atas kejayaan tersebut.

Advertisements

“Saya percaya kejayaan ini tidak dapat dicapai tanpa kerja keras dan usaha bersungguh-sungguh para pemain, barisan jurulatih yang diketuai Arul Selvaraj dan pihak pengurusan pasukan hoki kebangsaan.

“Tahniah!,” kata Muhyiddin.

Semalam, arena hoki negara meraikan malam penuh bersejarah apabila Malaysia muncul juara buat kali pertama Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas menamatkan penantian 39 tahun.

Skuad Speedy Tigers seperti diramal beraksi seakan ‘harimau kelaparan’ di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Perak, menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 sekali gus membalut kekecewaan tewas 0-3 pada aksi pertama liga sepusingan, sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MB Perlis ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan dakwan salah guna...

Lagi Artikel Berkaitan