26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Jawatankuasa Pengurusan Bencana diaktifkan

Pengaktifan itu selepas mengambil kira ramalan hujan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi di negeri dan daerah diarah diaktifkan serta-merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Persediaan Menghadapi Banjir, semalam.

Menurutnya, pengaktifan itu selepas mengambil kira ramalan hujan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), taburan hujan yang semakin banyak, ribut petir, tanah runtuh serta musibah banjir di beberapa negeri.

“Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di semua peringkat merangkumi di negeri dan daerah untuk diaktifkan serta-merta bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dalam mendepani sebarang bencana dan musibah.

“Saya dimaklumkan dari segi mobilisasi sumber manusia lebih 55,000 pasukan penyelamat daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Advertisements

“Aset-aset strategik membabitkan bot dan pacuan empat roda telah bersedia digerakkan pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan musibah banjir di seluruh negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, lebih 11,000 premis awam di seluruh negara, termasuk sekolah, balai raya dan masjid, telah didaftarkan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi mangsa bencana, dan sebagai depoh penyimpanan barangan bantuan.

“Saya juga ingin menegaskan agar semua agensi kerajaan perlu bekerjasama untuk sentiasa bersedia dan proaktif mengendalikan pengurusan bencana dengan cepat khususnya dalam penyaluran maklumat serta hebahan kepada rakyat.

“Marilah kita berdoa agar semua rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dan dipelihara dari sebarang musibah yang boleh menggugat keselamatan dan ancaman nyawa,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan